Rabu, 15 Disember 2010

MALU~Iktibar Pokok Semalu...

Terpandang pokok-pokok semalu yang berselirat dan terbiar di sebuah padang,mengingatkan saya kepada sebuah kisah Rasulullah s.a.w.
    Diceritakan suatu ketika pernah Baginda sedang berjalan-jalan dengan puteri kesayangannya Baginda Sayidatina Fatimah r.ha.Ketika melintasi sepohon pokok tamar,kaki Sayidatina Fatimah terpijak pokok semalu.Kakinya itu berasa sakit dan berdarah.Fatimah bertanya Baginda s.a.w.apa gunnanya pokok seumpama itu tumbuh di situ?
    Rsulullah s.a.w. menjelaskan bahawa sifat fizikal pokok semalu amat berkait rapat dengan wanita.Terdapat empat aspek pengajaran yang boleh diambil daripada kejadian pokok tersebut.
    Pertama,sifat pokok semalu yang menguncup apabila disentuh.Ini boleh diibaratkan bahwa wanita perlu mempunyai perasaan malu yang bertempat.
    Kedua,semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Simboliknya,wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruahnya.
    Ketiga,akar tunjang pokok semalu kuat dan mencengkam bumi.Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keimanan yang berakar umbi dalam jiwanya.
    Keempat,semalu menguncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.Seolah-olah ciptaan Allah s.w.t.ini seperti mengingatkan kepada kaum wanita supaya pulang dan duduklah di rumah ketika hari hampir gelap.
   Menurut riwayat al-Baihaqi,terdapat 99 bahagian tarikan pada diri wanita berbanding lelaki.Oleh itu Allah s.w.t.kurniakan sifat malu kepada kaum wanita.Apakah yang Allah s.w.t. kehendaki daripada hamba-hamba-Nya melalui sifat malu ini?
   Malu bermaksud sifat atau satu rasa yang akan menggerakkan hati seseorang itu supaya meninggalkan kejahatan.Sifat malu dapat diistilahkan sebagai berasa aib(hina,rendah diri)kerana membuat sesuatu yang salah atau tidak sopan,berasa tidak senang melakukan perkara dilarang Allah s.w.t..Rasa itu juga akan menghalang diri daripada menyusahkan orang lain.
   Namun kita dapati,ramai remaja wanita sudah semakin hilang rasa malunya.
   Ini boleh dibuktikan antaranya remaja kini tidak memelihara pergaulan,mudahterjebak dalam pergaulan bebas lelaki dan perempuan,tidak menutup aurat dan sebagainya.Jika ketawa sengaja dikuatkan untuk menarik perhatian lelaki.
   Oleh sebab itu,ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak supaya mempunyai sifat malu sejak kecil lagi.Misalnya,tidak keluar bilik air tanpa pakaian.Malu berccakap bohong,malu jika berbuat dosa.

Kekalkan rasa malu.
    Umat islam mestilah ada rasa malu dalam keadaan-keadaan yang tertentu.Bagaimana untuk mengekalkan rasa malu?
    Menghadiri majlis ilmu.Misalnya belajar atau mengenali nama-nama Allah s.w.t.dapat menolong menyakinkan diri dan kehebatan-Nya.Menyakinkan diri akan ganjaran baik atau azab seksanya jika berbuat perkara yang memalukan agama.
    Jika tidak rasa malu kepada Allah dan Rasul-Nya,sekurang-kurangnya rasakan malu kepada diri sendiri.Semua anggota pada badan bakal menjadi saksi segala apa yang kita lakukan.
    Sekiranya masih juga tiada rasa malu,bersedialah dengan apa yang Nabi s.a.w.pernah sabda:"Apabila kamu tidak malu,maka berbuatlah sesuka hatimu."
    Rasulullah juga pernah bersabda bahawa sesungguhnya Allah s.w.t.apabila hendak membinasakan seseorang ,maka dicabutkan rasa malu orang itu.Semoga kita tidak termasuk dalam golongan ini.

Muhasabah Diri Dengan Rasa Malu
Carilah masa untuk sering merasa bernuhasabah diri.Tidak malukah diri ini....kita banyak memohon hajat,namun pada waktu yang sama,banyak perintah-Nya ditinggalkan.
     Tidak malukah diri ini,selalu curi tulang semasa bekerja di pejabat tadi?
Tidak malukah aku,masih tidak dapat mengawal pandangan mata di jalan?
      Jika sesuatu kesalahan itu kita lakukan dengan manusia lain,mungkin manusia payah memaafkan.Jika kita berhajat kepada-Nya,pasti ditolak lantaran dosa dan kejahatan kita.Namun Allah s.w.t. masih Maha Penyayang.Allah s.w.t.masih terus memveri rezeki,memberi kesihatan yang baik dan tidur yang lena buat kita.Alangkah baik dan malunya!!
      Kita patut malu kepada Rsulullah s.a.w.yang selalu berdoa dan merindui umatnya.Namun suna-sunah Baginda jarang-jarang kita belajar dan ikuti.Yang banyaknya cara hidup Barat yang kita ikuti.Sekali lagi...alangkah malunya!!

1 ulasan:

  1. Salam...
    Saya sgt2 suka posting ni...
    Malu itu perlu ada t'utamanya bg kaum hawa...:)

    BalasPadam