Selasa, 14 Disember 2010

Info Asas Tentang Hadis

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Hadis?
>Hadis ialah setiap kata-kata,perbuatan,pengakuan dan sifat yang datangnya daripada diri Nabi kita Muhammad s.a.w.
Apakah Kedudukan Hadis Dalam Islam?
>Hadis merupakan sumber kedua dalam Islam selepas al-Quran.Ia dijadikan rujukan oleh umat Islam sepanjang zaman.
Apakah Buku-buku Utama Yang Menghimpunkan Hadis?
>Antara buku-buku utama yang menghimpunkan hadis:sahih al-bukhari,sahih muslim,musnad ahmad,muwatta' malik,sunan abu daud,sunan al-nasa'i,sunan al-tarmidzi dan banyak lagi.
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan "Sunah"?
>Para ulama sentiasa menggunakan perkataan sunnah dengan maksud yang sama seperti perkataan hadis,Maka dikatakan "al-Quran dan hadis" atau "al-Quran dan sunah".
Apakah Memadai Dengan Menggunakan al-Quran Tanpa Hadis? 
>Adalah tidak memadai jika hanya menggunakan al-Quran tanpa hadis kerana hadis merupakan huraian kepada maksud al-Quran.Seluruh kehidupan Nabi Muhammads.a.w.(hadis)merupakan cara perlaksanaan atau praktikal terhadapajaran al-Quran.Malah al-Quran memerintahkan kita untuk mencontohi Nabi Muhammad s.a.w. 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan